News Archive 2011

« Back

News : Anugerah Nadi Negara 2011

Biro Pengajian Tinggi Pergerakan Wanita UMNO Malaysia telah menganjurkan Anugerah Nadi Negara 2011 pada 29 November 2011 yang lalu. Ianya merupakan satu anugerah yang mengiktiraf kecemerlangan akademik para graduan dari Universiti – Universiti ternama tanah air. Berteraskan slogan "Graduan Cemerlang Pemimpin Terbilang', anugerah ini bertujuan untuk mengenal pasti bakat-bakat muda yang berpotensi untuk menjadi pemimpin pada masa hadapan.


Seramai 20 graduan yang cemerlang  dalam bidang masing2 telah menerima anugerah tersebut. Salah seorang penerima anugerah tersebut adalah bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Teknologi Kimia (Proses) dari Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET), iaitu Nur Zalizawati binti Zanala Abidin.


Di antara penerima-penerima anugerah yang lain adalah pelajar lepasan Universiti Sains Malaysia, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Utara Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sabah dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Wanita UMNO, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

 

Biodata Pelajar:

Nur Zalizawani bt Zanala Abidin

Bachelor of Chemical Engineering Technology (Hons.) in Process ,UniKL MICET.

Diploma in Chemical Engineering Technology (Process), UniKL MICET.

 

Zalizawani Anugerah Nadi Negara


Contact Us

For further information please contact

Universiti Kuala Lumpur
1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel : +603 – 2175 4000
Fax : +603 – 2175 4001
email : enquiries@unikl.edu.my