Awards & Recognation

UniKL 13th Convocation Ceremony- Speech by Prof. Dato' Dr. Mazliham Mohd Su'ud, President and CEO of UniKL

 
 
Bismillahirrahmanirrahim
 
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh 
 
MENGADAP KEBAWAH DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU MAHKOTA PAHANG, TENGKU ABDULLAH AL-HAJ IBNI SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH; TUANKU CANSELOR UNIVERSITI KUALA LUMPUR
 
Ampun Tuanku beribu-ribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun.
 
Dengan rasa penuh hormat dan takzim, patik mewakili seluruh warga Universiti Kuala Lumpur merafak sembah mengadap Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku, menyembahkan semulia – mulia ucapan menjunjung kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bercemar duli berangkat ke Majlis Konvokesyen Ketiga Belas Universiti Kuala Lumpur dan seterusnya mengurniakan Ijazah Doktor Kehormat, Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda serta anugerah – anugerah pelajar cemerlang kepada para graduan dalam majlis yang cukup gilang gemilang pagi ini.
 
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ke majlis konvokesyen ini pastinya akan menjadi suatu momen yang amat istimewa dan kekal terpahat dalam sanubari serta lipatan kenangan para graduan yang diraikan bersama dengan para tetamu, ibu – bapa dan ahli keluarga sekalian yang turut hadir pada pagi ini. 
 
Ampun Tuanku beribu-ribu Ampun, Sembah Patik Mohon Diampun.
 
Sukacita patik menyembah maklum ke sisi pengetahuan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bahawa Majlis Konvokesyen Ketiga belas ini turut dihadiri oleh barisan Pro Canselor, Tuan Yang Terutama Duta, wakil – wakil kedutaan, tokoh pemimpin, serta rakan – rakan industri mahupun institusi pendidikan luar negara yang telah sudi memenuhi undangan untuk hadir ke majlis ini. 
 
Dengan kehadiran tetamu antarabangsa ini, patik pohon perkenan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bagi patik meneruskan ucapan dalam Bahasa Inggeris.
 
Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun.
 
I would like to extend a warm welcome to all our distinguished guests, collaborative partners, sponsors, parents and all graduates to the ceremony. 
 
His Royal Highness Tuanku Chancellor, distinguished guests, ladies and gentlemen,
 
Universiti Kuala Lumpur is an industry-focused university with the believe in the importance of "vocademic" which translates into higher technical vocational education and training or in short Higher TVET, reinforced by strong entrepreneurial values. UniKL has proudly produced a total of 41, 747 graduates, out of which 6,105 graduates are celebrated in the convocation ceremony this year. 
 
His Royal Highness Tuanku Chancellor, Your Excellency's, Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen, 
 
WE4ASIA
 
In 2015, the University embarked on an ambitious strategic plan called WE4ASIA. WE4ASIA is UniKL's aspiration to aim high and to strengthen its global positioning. The overall aim of WE4ASIA is to propel UniKL as the apex of tertiary HTVET education, be it locally or internationally. Lots of activities and initiatives are being planned and rolled out, guided by the four WE4ASIA Protocols. 
With these protocols, UniKL aspires to become one of the top universities in Asia by 2020 while remaining to our initial higher TVET philosophy, offering enriching university experience towards achieving academic excellence and enhancing graduate life success.
UniKL SUCCESS STORIES
 
His Royal Highness Tuanku Chancellor, Your Excellency's, Distinguished Guests, Ladies and Gentlemen, 
 
Brand Recognition
 
Universiti Kuala Lumpur was named Malaysia's Favourite Brand for Higher Education at the 2016 Putra Brand Awards ceremony. UniKL is the bronze award winner in the "Education & Learning" category. Winners of the Putra Brand Awards were voted by more than 6,000 respondents through an independent nationwide survey.
 
Honorary Doctorate 
 
The 13th Convocation Ceremony is indeed a memorable occasion as it will witness the conferment of Honorary Doctorate to two iconic individuals in recognition to their outstanding achievements and crucial role that have inspired many lives. 
 
The first recipient will be His Excellency Professor Enrico Letta, former Prime Minister of Italy and currently the Dean of the Paris School of International Affairs (PSIA) at Sciences Po in Paris and also the President of the Jacques Delors Institute.
 
Vorrei ringraziare personalmente il Professore Enrico Letta per aver gentilmente accolto il nostro conferimento del Dottorato Onorario.
 
We are also honoured to confer the Honorary Doctorate of Management to Yang Berbahagia Datuk (Dr) Zamani Md Noor, former Director General of MARA. Datuk Zamani was instrumental in the development of Universiti Kuala Lumpur City Campus. He also played a vital role in bringing Perak College of Medicine (PCM) into UniKL which is known today as UniKL Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP).
 
I am also pleased to announce that the convocation ceremony this year signifies another history as it will be witnessing the pioneer batch of UniKL International College graduating. Congratulations to all the 29 graduating ICOLE students.
 
Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun.
 
Izinkan patik menyampaikan sepatah dua kata buat para graduan.
 
UniKLians semua,
 
Dunia ini dicipta berpasang pasangan. Ada hitam ada putih. Ada sempit ada lapang. Ada susah ada senang. Ada pertemuan ada juga perpisahan. 
 
Kini, saat kita bersama sudah sampai ke titik akhirnya. Sebagaimana yang telah kita janjikan semasa pertama kali bertemu dahulu,hari ini kita telah sampai ke titik akhir itu. Kalau dahulu semasa pertama kali bertemu, kita telah berjanji untuk berganding bahu, bantu membantu mengejar maju. Menjadi satu keluarga besar yang bersama mencari mimpi. Demi mencapai cita yang tertanam di sanubari.
 
Yang berkongsi saat suka. Yang bersama menghadap duka. Yang gembira saat merai jaya. Sama bersedih mengharung kalah. Saling menyokong menghadap payah. Menjadi perangsang melawan susah. 
 
Kita sudah sampai ke titik akhir pertemuan kita. Percayalah, tidak sedikitpun dari saat itu akan kami lupakan. Semuanya akan dijadikan kenang-kenangan yang kami bawa sepanjang hayat. Percayalah kami berasa amat berbangga dapat menjadi pengiring dalam sebahagian dari perjalanan hidup anda. Kami mungkin bukan pengiring yang terbaik, tetapi percayalah telah kami usahakan sepenuh hati untuk memberi yang terbaik dan tercantik. 
 
Telah kami berikan yang teratas dari setiap ilham dan imaginasi bagi menyediakan yang sempurna dan penuh warna. Yang mana terkurang, kami mohon maaf. Jangan ada kesal membeku di sanubari, dikala meniti langkah untuk pergi. Mungkin waktu akan membawa anda pulang. Tautan persaudaraan ini tidak akan hilang. Selamat maju jaya kepada anda semua. Di hati kami, anda sangat istimewa. 
 
Gembirakan lah kami dengan kejayaan. Sukakan lah kami dengan kemajuan. Angkatlah kepala dan tegakkan dada. Berjalanlah dengan bangga kerana anda teristimewa. Kalau nampak orang lain hebat, percayalah bahawa anda lebih hebat. Kalau orang lain kuat, yakinlah anda lebih kuat. Kalau anda bekerja, jadilah pekerja yang cemerlang. Kalau anda jadi usahawan, jadilah usahawan yang terbilang. 
 
Di daratan luas anda berbudi, di lautan terbentang menabur bakti, di langit tinggi juga anda menanti. Rebutlah semua peluang yang datang. Nikmati semua rezeki yang terhidang. Pastikan sentiasa gagah siap dan sedia. Taburkan jasa, bersama kita membina nusa. Pastikan cekal dalam setiap usaha. Nyalakan nyawa dengan semangat waja. Pautkan jiwa yang penuh cita. Menjadi sandaran negara. Membawa kesejahteraan. Menjadi nakhoda kemajuan. 
 
Carilah jaya dengan segala yang telah anda punya. Gegarkan maya dengan segala yang telah anda usaha. Namun apapun jaya yang akan anda rangkul. Apapun gelar yang akan anda pikul. Jangan sesekali lupa pada tapak ini. Landasan dari mana anda meluncur pergi. Ke bintang manapun anda akan sampai, jangan lupa asal anda dari lantai. Kalaupun mimpi sentiasa melangit, tapi kaki mesti sentiasa membumi.
 
Fahami pejal falsafah budi. Pandanglah sekeliling titik ini. Titik yang akan membawa anda meluncur pergi. Lihatlah pada rakan dan taulan. Wajah-wajah para pensyarah. Jerih perih ibu dan ayah. Yang membantu anda berada di sini hari ini. Sudah tentu segala jasa itu, tidak akan dapat dibayar dengan selaut intan. Tidak juga terbeli dengan sejuta bintang. 
 
Jangan sesekali lemas dalam puji. Jangan pula tenggelam dalam keji. Pandanglah dengan hati. Dengarlah dengan budi. Yang putih tidak semestinya suci. Yang hitam tidak pasti geli. Ada waras akal yang menjadi bekal. Kerana likuan mendatang perlu ditempuh dengan cekal. Kerana tanggungan mendatang perlu digalas tanpa soal. Perkasakan diri menghadap gelora. Kejayaan masa depan anda, tidak akan hanya dinilai dengan apa yang anda capai, tetapi juga akan dilihat dari apa yang anda beri. 
 
Selagi ada nafas dan denyut nadi, jangan sesekali jenuh mengejar mimpi. Labuhkan layar. Pandanglah ke depan. Berlayarlah dengan desah angin. Terimalah cabaran. Menjadi pengemudi masa depan. Terimalah cabaran. Menjadi Nakhoda Kemajuan.
 
Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik pohon diampun.
 
Had inilah patik marafakkan sembah dan patik selanjutnya berdoa moga-moga Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Canselor dan Kebawah Duli yang Teramat Mulia Tengku Puan Pahang, Paduka – paduka anakanda putera dan puteri Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku dan kerabat diraja sekalian sentiasa berada di dalam perlindungan Allah Subhanahu Wataalla.
 
Patik menjunjung kurnia dan menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku di atas atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bercemar duli berangkat ke Majlis Konvokesyen ini.
 
Patik memohon keampunan jua di atas kesilapan dan kekasaran bahasa yang mungkin terkandung di dalam ucapan patik yang tulus ikhlas ini.
 
AmpunTuanku, patik mohon diri.
 
Wabilahi Taufik Walhidayah Wassalammualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh. 
 

2013 Media Coverage

Online and Newspaper clips
 

Contact Us

For further information please contact

Universiti Kuala Lumpur
1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel : +603 – 2175 4000
Fax : +603 – 2175 4001
email : enquiries@unikl.edu.my