Awards & Recognation

UniKL 13th Convocation Ceremony- Speech by UniKL Chancellor His Royal Highness Crown Prince of Pahang Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

 
 
 
 
AWAL BISMILLAH PEMBUKA BICARA, SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR KITA NABI MUHAMMAD SAW DAN KAUM KERABAT BAGINDA SERTA KEPADA PARA SAHABAT DAN ANBIYA. SESUNGGUHNYA RAHMAT ALLAH SWT INI BEGITU BESAR NIKMATNYA DALAM MEMAKMUR, MENSEJAHTERA DAN MENGHARMONIKAN KITA SEMUA DENGAN DIKURNIAKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA. TANPA REZEKI DAN ANUGERAH DARI YANG MAHA KAYA ADALAH MUSTAHIL BUAT KITA SEMUA DIPERTEMUKAN DI DALAM MAJLIS YANG BERSEJARAH INI.  MAKA DENGAN ITU MARILAH KITA SEMUA MEMANJATKAN SETINGGI – TINGGI KESYUKURAN KERANA DENGAN LIMPAH KURNIANYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA SEMPENA MAJLIS KONVOKESYEN KETIGA BELAS INI  MERAIKAN KEJAYAAN 6,105 ORANG GRADUAN UNIVERSITI KUALA LUMPUR. TAHNIAH DAN SYABAS DI ATAS KEJAYAAN PARA GRADUAN SEKALIAN. 
 
KEHADIRAN BARISAN PRO CANSELOR – PRO CANSELOR UNIKL YANG TURUT HADIR PADA MAJLIS INI IAITU : 
 
YANG BERHORMAT DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB, MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
 
YANG BERHORMAT TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR HAJI MUSA, PENGERUSI MARA
 
YANG BERBAHAGIA DATUK IBRAHIM AHMAD, KETUA PENGARAH MARA
 
DAN 
 
YANG BERHORMAT DATO' DR ADHAM BABA, PENGERUSI UNIKL
 
YANG TURUT BERSAMA – SAMA HADIR BAGI MERAIKAN PENCAPAIAN PARA GRADUAN BERSAMA IBU BAPA DAN AHLI KELUARGA SEKALIAN PADA PAGI INI PASTINYA AKAN MENJADIKAN MAJLIS INI SESUATU YANG ISTIMEWA BUAT PARA GRADUAN SEKALIAN.
 
SAYA JUGA MERASA BANGGA DAN TERUJA MENYAKSIKAN BAHAWA MAJLIS KONVOKESYEN UNIKL TAHUN INI TURUT DIHADIRI BEBERAPA AHLI KENAMAAN DAN TETAMU ANTARABANGSA YANG TURUT SAMA MERAIKAN  KEJAYAAN PARA GRADUAN SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA UNIKL. KEHADIRAN TETAMU ANTARABANGSA INI AMAT BERMAKNA KERANA IANYA MEMBUKTIKAN PENERIMAAN MALAHAN YANG LEBIH PENTING LAGI PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA ATAU ‘INTERNATIONAL RECOGNITION' TERHADAP UNIKL. 
 
TERNYATA USAHA ‘GLOBAL POSITIONING' UNIKL SELAMA INI TELAH MULA MENAMPAKKAN HASILNYA DAN SEMAKIN KUKUH DENGAN BERTAMBAHNYA JARINGAN KERJASAMA GLOBAL UNIKL BERSAMA INDUSTRI DAN  INSTITUSI TERKEMUKA DUNIA. 
 
DENGAN ADANYA TETAMU ANTARABANGSA INI, SAYA AKAN MENYAMPAIKAN SEDIKIT UCAPAN DALAM BAHASA INGGERIS. 
 
DISTINGUISHED GUESTS, LADIES AND GENTLEMEN,
 
I WOULD LIKE TO CONGRATULATE HIS EXCELLENCY PROFESSOR ENRICO LETTA, FORMER PRIME MINISTER OF ITALY WHO WILL BE RECEIVING THE HONORARY DOCTOR OF MANAGEMENT SHORTLY. WE ARE INDEED VERY PROUD TO HAVE PROFESSOR LETTA AS ONE OF THE RECIPIENTS OF UNIKL HONORARY DOCTORATE. THIS OCCASION HAS CERTAINLY MARKED ANOTHER HISTORY OF UNIKL AS THE UNIVERSITY NOW HAS 3 FORMER PREMIERS AS ITS HONORARY RECIPIENTS WITH: 
 
YANG AMAT BERBAHAGIA TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD, THE 4TH PRIME MINISTER OF MALAYSIA BEING ITS FIRST RECIPIENT IN 2006 AND
 
HIS EXCELLENCY DR. HAN SEUNG-SOO, FORMER PRIME MINISTER, REPUBLIC OF KOREA AS THE SECOND RECIPIENT IN THE ELEVENTH CONVOCATION YEAR 2014.  
 
I WAS INFORMED THAT PROFESSOR LETTA HAD DELIVERED A PRESENTATION ON ITALY ASEAN ASSOCIATION YESTERDAY MORNING IN UNIKL CITY CAMPUS IN THE PRESENCE OF  REPRESENTATIVES FROM BOTH ITALIAN AND LOCAL INDUSTRIES. I BELIEVE PROFESSOR LETTA WILL PLAY AN IMPORTANT ROLE IN ENHANCING COLLABORATIONS BETWEEN UNIKL AND MORE PRESTIGIOUS PARTNERS IN ITALY. 
 
THANK YOU FOR ACCEPTING THE CONFERMENT AND  CONGRATULATIONS ONCE AGAIN PROFESSOR LETTA.
 
TO ALL OUR INTERNATIONAL GUESTS AND PARTNERS FROM ITALY, GERMANY AND JAPAN PRESENT TODAY AS WELL AS PARTNERS FROM OTHER COUNTRIES, I WOULD LIKE TO TAKE THIS OPPORTUNITY TO PLACE ON RECORD OUR APPRECIATION FOR YOUR CONTRIBUTION TO UNIKL. I HOPE THAT THE RELATIONSHIP WILL PROSPER AND CHART MANY MORE OPPORTUNITIES AND ACHIEVEMENTS FOR ALL PARTIES.
 
SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH KEPADA YANG BERBAHAGIA DATUK (DR) ZAMANI MD NOOR, MANTAN KETUA PENGARAH MARA YANG AKAN TURUT MENERIMA IJAZAH DOKTOR KEHORMAT PENGURUSAN DALAM MAJLIS KONVOKESYEN INI NANTI. PENGANUGERAHAN INI MERUPAKAN TANDA PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN UNIVERSITI KEPADA BELIAU YANG TELAH MEMAINKAN PERANAN PENTING SEMASA PERINGKAT AWAL PENUBUHAN UNIKL DAHULU. SAYA HARAP YANG BERBAHAGIA DATUK ZAMANI AKAN TERUS MEMBERIKAN SUMBANGAN DAN NASIHAT KEPADA UNIKL. TAHNIAH YANG BERBAHAGIA DATUK ZAMANI. 
 
YANG BERHORMAT DATO' SRI, HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN, 
 
SAYA MELIHAT POTENSI BESAR DAN KEMAMPUAN YANG DIMILIKI UNIKL DALAM MEMARTABATKAN HIGHER TECHNICAL DAN VOCATIONAL EDUCATION BUKAN SAHAJA DI MALAYSIA MALAHAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA. BUKAN SEDIKIT CABARAN YANG DITEMPUHI UNIKL SELAMA INI UNTUK BERADA DI TAHAP YANG MEMBANGGAKAN SEKARANG. 
 
SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA YANG BERHORMAT DATO' SRI ISMAIL SABRI DI ATAS PENYAMBUNGAN PERLANTIKAN SAYA SEBAGAI CANSELOR UNIKL. SAYA BERHARAP PIHAK KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR (KKLW) DI BAWAH KEPIMPINAN YANG BERHORMAT DATO' SRI DAN MARA SELAKU AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP UNIKL AKAN BERSAMA – SAMA DENGAN SAYA MEMBERIKAN TUMPUAN KHUSUS DAN SOKONGAN TEGUH TERHADAP SEGALA PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN PELAN JANGKA PANJANG YANG TELAH DIRANCANG OLEH BARISAN PENGURUSAN UNIKL. 
 
SETIAP TAHUN, UNIKL MENCATATKAN KECEMERLANGAN DAN KEJAYAAN SEPERTI YANG TELAH DIKONGSI OLEH YANG HORMAT PROFESSOR  DATO' DR. MAZLIHAM MOHD SU'UD, PRESIDEN / KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF UNIKL DI DALAM UCAPAN BELIAU TADI. KECEMERLANGAN UNIKL INI RUPANYA BERMULA DENGAN KECEMERLANGAN PARA PEMIMPIN SERTA WARGA UNIKL ITU SENDIRI. 
 
INI TERBUKTI APABILA YANG HORMAT PROFESSOR  DATO' MAZLIHAM SENDIRI TELAH DIANUGERAHKAN TRANSFORMATIONAL CORPORATE LEADER BRAND ICON LEADERSHIP AWARD 2016 PADA 13 OKTOBER YANG LALU SEBAGAI PENGIKTIRAFAN DIATAS KEPIMPINAN BELIAU DALAM MENTRANSFORMASIKAN UNIKL UNTUK MENJADIKANNYA ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN PREMIER NEGARA. HOPE IT IS NOT TOO LATE TO CONGRATULATE YOU, DATO' MAZLIHAM ON THE BRAND AWARD AND THE RECOGNITION.  
 
SAYA JUGA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA WARGA UNIKL, AHLI – AHLI PENGURUSAN, PARA AKADEMIK, WARGA KHIDMAT SOKONGAN, ALUMNI, PARA MAHASISWA DAN MAHASISWI SEKALIAN DI ATAS DEDIKASI DAN KOMITMEN TERHADAP UNIKL YANG TELAH TURUT MENYUMBANG KEPADA PENCAPAIAN UNIKL HARI INI. 
 
HADIRIN, HADIRAT PARA GRADUAN YANG DIRAIKAN,
 
DIKESEMPATAN INI SAYA INGIN MENYERU AGAR KITA SEMUA PEKA TERHADAP TREND PENYEBARAN MAKLUMAT MASA KINI. TIDAK KIRA USIA, GAJET AKAN SENTIASA BERADA DI TANGAN DAN AKSES KEPADA MAKLUMAT TERKINI MENJADI SANGAT MUDAH. PENYEBARAN DAN PERKONGSIAN MAKLUMAT ITU PENTING TETAPI YANG MENJADI KERISAUAN SEKARANG INI IALAH APABILA MAKLUMAT YANG DISEBAR DAN DIKONGSI ITU ADALAH MAKLUMAT PALSU DAN TIDAK BENAR SAMA SEKALI.
 
DALAM KEASYIKAN UNTUK MENJADI YANG PERTAMA DALAM MENYEBARKAN BERITA TERKINI ATAU ISU SENSASI YANG BOLEH MENJADI VIRAL, SERING KALI KESAHIHAN SESUATU MAKLUMAT YANG DISEBARKAN ITU TIDAK LAGI MENJADI KEUTAMAAN. THE SPEED OF TRANSMITTING THE NEWS IS THE MOST CRUCIAL BUT WHETHER THE NEWS IS TRUE OR OTHERWISE IS NO LONGER  IMPORTANT. 
 
SAYA MENYERU KEPADA PARA GRADUAN SEKALIAN UNTUK TIDAK MEMANDANG RINGAN ISU DAN CABARAN YANG SEDANG KITA HADAPI SEKARANG INI. MARILAH KITA MENGHARGAI KEBEBASAN PERKONGSIAN MAKLUMAT TANPA SEMPADAN INI DENGAN LEBIH BERHEMAH DAN PENUH RASA TANGGUNGJAWAB TERHADAP SEGALA YANG KITA SEBARKAN. SAYA HARAP PARA GRADUAN AKAN MEMIKIRKAN SEDALAM – DALAMNYA PESANAN SAYA INI. 
 
AKHIR KATA, SAYA MENDOAKAN AGAR UNIKL DAN PARA GRADUAN SEKALIAN UNTUK TERUS MENCAPAI LEBIH BANYAK KEJAYAAN DI MASA AKAN DATANG. SELAGI ADA KESUNGGUHAN, KEGEMILANGAN PASTI BERTANDANG, INSYA'ALAH.
 
SEKIAN.
 

2013 Media Coverage

Online and Newspaper clips
 

Contact Us

For further information please contact

Universiti Kuala Lumpur
1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel : +603 – 2175 4000
Fax : +603 – 2175 4001
email : enquiries@unikl.edu.my