« Back

Seteru Yang Bersatu

Hari ini hari UniKL
Hari kami
Seteru yang bersatu

 

Bagai tidak percaya
Bagaimana kami mampu begini
Bertahan dalam setiap ranjau
Bertabah dalam setiap susah
Bersabar dalam setiap cabar
Bersatu dalam setiap liku

 

Hari ini hari kami
Seteru yang bersatu
Demi cita murni
Menjana generasi maju
Demi cinta kami
Mencari semangat baru

 

Hari ini kami berganding bahu
Melepasi setiap halang
Melangkah semua jurang
Mencabar percaya akal
Menghapus segala curiga
Cuak dan culas bukan alasan
Takut dan gentar bukan tandingan
Kami melangkah maju 
Membawa panji dan janji
Mencipta generasi terpuji

 

Kami seteru yang bersatu
Membangunkan semua itu
Dengan tangan kosong kami
Bersetuju dalam hala yang satu
Bersatu dalam juang yang panjang
Mencari nikmat yang pasti datang
Kami buang segala iri
Kami simpan semua dengki
Kami sorok semua keji
Kami membawa generasi murni

 

Kamilah UniKL
Walau bukan sejengkal kail
Berani menduga laut dalam
Walau tidak mengharap hasil
Cekal usaha semangat alam
Demi cinta kami
Seteru yang bersatu

 

Tun Bandu 
Hari UniKL 2016


Quick Link

 

 President's  Message

 UniKL
 Overview
 Corporate
 Profile
           
 Press Release  FAQ  Location
           
 Event Calender  Video  Institutes
           

 

Our Social Media


    
    

For further information please contact

Corporate & Branding Division
Universiti Kuala Lumpur
Level 31, 1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
(attn. Miss Sarah Yasmin)
Tel : +603 – 2175 4019
Fax : +603 – 2175 4446
email : sarahyasmin@unikl.edu.my

Our Sport Media


   
   
ID : UniKL Hockey

Contact Us

For further information please contact

Universiti Kuala Lumpur
1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur
Tel : +603 – 2175 4000
Fax : +603 – 2175 4001
email : enquiries@unikl.edu.my